Duniaku..hidupku….KAMU??? ADE?ADE AKU KESAH???


Written on August 5, 2009 – 9:21 am | by evaliciousdnieysa

~Bismillahirahmanirrahim~

 

Luahan mengenai dugaan dan pilihan hidup kita hari ini banyak kebaikan dan keburukanya. Hidup ni pom kadang-kadang di atas, dan kadang-kadang di bawah. Tak di nafikan, pengalaman pahit dan manis yg terdahulu banyak mengajar kita erti hidup yang mana tak semua orang berpeluang merasainya. Yang membezakan cuma antara dugaan kecil or besar. Apa dugaan terbesar pernah korang hadapi??? Kehilangan orang tersayang?? Putus cinta?? Di buang kerja?? Dll??

Alhamdulillah, setakat ni aku belum pernah ditimpa dugaan paling besar dlm hidup ni. Sebelum ni, aku pernah putus cinta setelah hampir empat tahun bersama. Aku ingat, inilah dugaan yang paling berat aku kena tanggung sampai satu ketika aku pikir aku tak boleh hidup lagi. Maklumlah, kononnya cinta pertama, siapa tak sedih oii… (hahahaha)

Lama-lama tu, aku perasan, sejak saat terputusnye hubungan tu, ade rasa lega yang tak terhingga terbit dalam hati ni. Rasa yang aku tak ada masa bersama dia. Walaupom ada cinta, tapi rase gundah dan serabut tu melekat di hati. Bila terputus, hilang cam tu aje (Ini bukan iklan chipsmore k =))) Sungguh tenang. MasyaAllah!! Lepas seminggu bersedih, aku kuatkan diri. Aku ingat lagi kata-kata Amy “sedih macam mana pom takkan ke mana”. Betul juga. Barulah aku terpikir. Untuk apa lagi aku perlu bazirkan masa dan airmata. Cinta tu takkan datang semula. Dan kalau ia datang kembali pom, takkan sama macam dulu (bukan petikan dari lirik mna-mana lagu jiwang karat.hik3x). Kepercayaan aku pada dia hilang dah.

Aku pom mula mengatur langkah, aku janji pada diri takkan jadi perempuan yang cepat mengalah mahupom jadi perempuan murahan. Tak mudah untuk lelaki2 selepas ini. Sanggup bergadai nyawa lagi untuk dia yang tak setia. Cukuplah segala pengorbanan aku yang tak pernah dihargai selama ini. Aku masak dengan sifatnya yang aku tahu, takkan boleh diubah dalam masa terdekat. Aku bagi peluang pada diri aku sendiri untuk berubah, dan juga diriya. Tapi satu perkara yang takkan aku biarkan, aku tuntut segala wang yang dia kata “pinjaman”. Tak perlulah aku nyatakan pinjaman untuk apa yang berjumlah RM750 dan sebuah laptop. Sudah-sudahlah dia pijak kepala aku selama ni, takkan aku biarkan berulang lagi. Laptop dia ganti pom yang second hand, ikutkan hati memang aku tak puas hati sebab yang dia hilangkan dulu laptop baru lagi tak sampai sebulan pemberian dari abah. Tapi, bertuah sape jadi anak abah aku. Atas nasihat dia, aku terima. Dia kata, mungkin ini rezeki aku, mungkin aku akan dapat yang lebih elok esok hari. Belajar dari pengalaman yang dulu. Jadi aku terima seadanya (sekarang dah start wat hal laptopnye K)

Sekian lama menunggu wang dibayar, langsung tak ada berita. Puas aku ingatkan dia, tapi tak ada respon langsung. Lupakan janji dia nak bayar semua tu??? Jadi aku ambil inisiatif lain dengan meminta pertolongan gf barunya untuk ingatkan dia. Aku fikir, bila aku minta tolong orang lain, dia akan ada rasa malu, lalu terus bayar hutang tu, tapi tak. Tak malu kah dia?? Kejadian itu berlalu begitu saja.tiada berita.

Berlanjutanlah cerita ni sehingga hampir sembilan bulan. Masih tiada berita. Jadi aku terpaksa notiskan untuk redeem duit tu. Masih aku menghubungi gf dia dengan niat untuk meminta tolong. Namun, apa yang jadi, orang yang aku amanahkan untuk minta hutang tu pula yang diamuk. Wajarkah? Niat aku Cuma meminta pertolongan agar kau dapat ingatkan dia bukan aku minta kau bayarkan segala hutang-hutang tu. Susah sangat ke?? Kau persoalkan, kenapa perkara ni masih tak settle setelah sekian lama?? kenapa tidak?? Sebab dia masih berhutang. Andai dia bayar semua dari dulu, bukankah masalah ini dah lama selesai?? Salah siapa??

Kau juga menyatakan bahawa kau tidak berdendam, dan beri amaran jangan sampai kau menyampah, benci dan meluat denganku.  Apakah??? Maaf aku nyatakan di sini, aku tergelak bila mendengar kata-kata yang kau sampaikan ni. Apa maksud kau?? Siapakah yang patut berdendam, membenci, meluat dan menyampah dengan kau?? Bukan kah sepatutnya aku??? Sepatutnya aku rasai semua tu terhadap kalian berdua. Tetapi jangan kalian pandang aku sebegitu. Ya, kejadian itu mengguris luka yang dalam dihati ini tapi aku sudah lama memaafkan. Aku bukan kamu!

Sejak aku mula mendapat arah tuju dalam hidup ni, aku sudah bertekad, aku akan tinggalkan segala kenangan dan memori itu jauh dalam sudut hatiku yang takkan tercapai dek akal dan fikiranku lagi. Biarlah ia tersemat di situ. Selagi aku kuat dan yakin, takkan aku biarkan sejarah itu terjadi semula. Cukup!. Namun aku tidak menyimpan dendam, walau sedikit. Aku yakin, ini yang terbaik buat diri aku. Ketika aku bergelut mencari identiti diri ini, DIA yang maha kuasa di atas sana sedang mengatur yang terbaik buat diri aku. Aku yakin, semua ini ada hikmahnya, aku yakin dengan qada’ dan qadar yang ditetapkan dan aku yakin dengan jodoh pertemuan. Mungkin kau bukan takdirku. Walaupom pahit untuk ditelan, namun aku pasrah. Kini, tiada lagi dia atau kau dalam fikiranku. Semuanya telah ku tinggalkan jauh..sepi. kerana aku ada hidup yang baru dan aku sayangkan hidupku yang sekali ini. Tiba masanya, aku berkorban untuk kebaikan diri aku, kawan-kawan dan ahli keluarga aku yang takkan pernah khianati aku. Tahukah kau betapa aku bahagia kini??

Jangan kalian salah sangka, aku bukan mahu menganggu hubungan kalian. Aku Cuma mahu menuntut hak aku dengan pertolongan kau si gadis. Si teruna, tiba masanya kau bertanggungjawab membayar segala hutang dan janji kau (hutang je, bukan aku minta bertanggungjawab atas aku pom K). Maaf..tapi aku sangat sibuk dengan program dan pelajaranku dan aku buntu wang untuk segala urusan (apa nak jadi dgn bhsa aku L). Permintaan aku ini semata-mata kerana urusan,hutang yang di janjikan. Bukan lagi urusan hati dan perasaan kerana aku tidak lagi berharap apa-apa dari kalian. Aku sudah bertekad, takkan campur dalam segala urusan kalian walau sebesar zarah kerana bukan urusanku. Andai kau mahu merindu, menyinta, menyayangi, membenci, menyampah atau meluat padaku sekalipom..ADA??ADA AKU KISAH?? Maaf dipinta, tapi aku takkan kisah. Terpulanglah bagai mana kalian mahu melihatku sekalipom seribu satu cara. Bukan urusanku (omputih kata..”IGNORANCE IS BLISS!!”).

Jadi, aku berharap, jangan ada lagi salah sangka antara kita (kalau ada pom, ada??ada aku kisah??) aku Cuma mahukan wang aku kembali. Dari RM750 aku bg diskaun sampai RM600 (banyak tu). Itu sahaja. Harap-harap cepatlah kamu settlekan agar kamu tenang. Manalah tahu, entah esok lusa aku atau engkau pergi tinggalkan dunia, sanggup kau menanggung di alam sana?? Tidakkan..aku pom tak sezalim itu. Inilah pilihan hidupku dan aku tahu, aku telah melakukan yang terbaik!!kadang-kala, apa yang kita anggap baik itu sebenarnya buruk, dan kadang-kala, apa yang kita anggap buruk itulah yang terbaik buat kita. And I found mine. Bravo me! :D Wassalam.

Bookmark and Share

Gile BusiNEss~~~~~


Written on August 3, 2009 – 8:36 pm | by evaliciousdnieysa

salam to all.. ades… urm.. nak kate ape ek..aku skg mempunyai satu hobi yg agak len skt. hobi berniaga yg dulunye aku x suke :| tp skg, everything yg aku wat de related to business. xnak lah gtwu bisnes ape kan.. adelah 2, 3 jenis but akan tambah lg bile nak masok bulan pose ni. Ade terpikir gak nak wat bisnes pas hbs study ni. xnak makan gaji bwh org len..tp kbnyakan org x bape setuju..nape ek???

Bookmark and Share

aku yg 1st sampai puncak..aKhI REtREAt cAmp BEST!!!~CermAs agRo pArk


Written on July 24, 2009 – 11:25 pm | by evaliciousdnieysa

salam to all fwens…congratulation to my all graduating fwens and welcome back to campus for the others (n myself).hehe.

before pape, i’d like o congratulate lah tok sme trainer akhi yang bertungkus lumus menjayakan retreat camp akhi yg di adakan di cermas agro park, bentong, pahang. lebih kurang 40 org yg join time tu, sonok sgt. dat was the most unforgetable event of the year.haha.

mule2 tu plan nak wat kat pula tioman..punyelah excited.wawawa..skali xjadilah, tu yang tuko ke bentong.papepom, sgt best. first day datang tu, ktorg gi bkit gandah, de pusat peliharaan gajah.. sonok sgt tgk gajah dr dekat (leh tgk kt album retreat camp on my profile tok tgk gajah dr dkt.hehe). sangat ikot katalah gajah2 tu. sb de sorg yg ditugaskan urus tiap2 ekor gajah. dpt bg die makan jg n belai belalai die. xsempat nak tunggang gajah2 tu sb takot baju berbau..tp xpelah, last2 mun n farah je yg nek.hehe..twon2 bau gajah :) =)).

pastu bertolak plak ke deerland…bg deer makan. saje je tuan punye land tu xbg deer2 tu mkn sb nak kami rase pengalaman tu sendiri…kebulur sume rusa2 tu.huhu.pastu de juga haiwan2 len dlm tu. yang paling sonok dpt sentuh bear yg bernama ‘MUDA’.hik3… best!!!

Pastu baliklah ke camp. antara aktiviti yg menarik ialah night walk!!! aktiviti ni kene jalan sorg2 dlm kol 1 pagi dlm kebun klapa sawit yg punyelah luas (ggggrrrr…). mule2 tu agak risau gak, bkn setakat makhluk tu, tp takot binatang2 yg xpatot pom ade.ades… seb bek mlm tu bulan terang, so xdelah gelap sgt. mule2 takot gile, diberi lilin, tp xsampai seminit jalan lilinnye dh padam…uwaaaa… jalan jelah, tawakal…jauh giler… bile dah sampai tu pergggggggggggggghhhhhhhhhh…lega gile ble npk bayang abg paan (commander camp). sepanjang jalan tu dok bc ayat kursi…senak pewot.huhu. yang paling xdpt lupe bile sue yg jage cekpoint tanye pasword ‘bunga’…intonasi suarenye tu halus yang amat sampai aku terkejut..tergamam kt situ speechless…cuak giler time tu. menggigil..hahaha..tp amati semula, jawab jelah ‘orkid 10′(my psword)…jalan jelah….

Dieorg punye modul pom best amat..enjoylah. esknye ktorg redah obstacle.. ( yang polis n askar slu wat aktiviti lasak tu). lumpur sume redah… pastu wat water confidence. ape yang xsedapnye ialah lintah n pacat..uwaaa..geli…!! seb bek xkene…cume de skali tu pacat nek atas tgn tp sempat buang. tu pom mcm dah separuh mati. de lagi aku cubit lengan (tarik daging) sb ingt tu lintah…akunye jerit xble blah…hahaha…skali tarik daging sendiri sampai lebam.eloklah aku digelar as ‘drama queen’ oleh budk2 ni…hampeh.huhu…

yang paling penting nak gtwu ni…i was da 1t yang sampi puncak bukit masa junggle trekking hr last tu…yeah…kepayahan tu xpayah ckp..hampir nak give up, tapi kuatka jugak… ms tu dlm kelompok paling awl..lumba dgn abg lan n abg din…kalah depa. so, i was da winner of the day :P. hr tu pom xbleh blah dgn pacat…banyak amat..mun kene 2 ekor hisap darah..geli..alhamdulillah xnek kt aku..kalo x ppengsan kot. yang abg paan lak bg esaimen kumpul 5 ekor pacat. xde nye aku nak wat…hahaha.pastu twon bukit..akulah yg paling semangat.cian mun tapak sport shoes die tercabot.usah nak jalan.huhu.last2 sampai jugak…kol 8.30am nek, kol 130pm br sampai bawah…tinggiii!!!! so far, program ni sgt best.. hope can improve my skill n develope my personality at the best place :P

 

congratulation akhi….

dont forget to take a look the pictures in my profile k..

salam n hv a nice day

Bookmark and Share

BeGIni tApI BeGItu~~~


Written on June 23, 2009 – 10:11 am | by evaliciousdnieysa

1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewatdatang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?

4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibu bapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibu bapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.

7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain. )

8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.

9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin 2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.

10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan, memotong tali persaudaraan.

11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.
 

Bookmark and Share

KetENaNgan YanG aBaDI Dr PENgORBanAN ItU~ ;D


Written on June 23, 2009 – 10:07 am | by evaliciousdnieysa

> Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga dimana-mana

> pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun

> menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

> “Apa khabar daun hijau,” katanya.

> Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang

> “Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?” tanya

> daun hijau.

> “Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah

> engkau membantuku sahabat?” kata ulat kecil.

> “Tentu..tentu..dekatlah kemari.” Daun hijau berfikir, “jika aku

> memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan

> tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi

> tak apalah.”

> “Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

>

> Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun

> hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si

> ulat. Ketika ulat mengucapkan terimakasih kepada sahabat yang penuh

> kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau.

> Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia

> dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

>

> Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi

> kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang

> dan dibakar.

>

>

> Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan

> berkorban sedikit sahaja bagi sesama?

> Nah… akhirnya semua yang ada akan “mati” bagi sesamanya yang

> tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran.

> Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika

> sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu

> untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan

> diri sendiri.

>

> Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama

> memang tidak mudah, tetapi indah.

> Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang

> berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita

> akan tetap hijau, Allah akan tetap memberkati dan memelihara kita.

>

> Bagi “daun hijau”, berkorban merupakan sesuatu perkara yang

> mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia

> melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia

> lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak

> akan selamanya tinggal sebagai “daun hijau”. Suatu hari ia akan

> kering dan jatuh.

>

> Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita

> akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan

> baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan

> kerendahan hati.

>

> Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan

> membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam

> banyak perkara.

> Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,

> memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan

> yang dapat kita lakukan.

>

> Yang mana yang sering kita lakukan?

> Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau

> menjadi “daun hijau” yang senang memberi.

Bookmark and Share

aku DiKEciWakaN oLEH tHE BlOOdY “bloOd The LasT vAmpiRE” :((


Written on June 23, 2009 – 9:58 am | by evaliciousdnieysa

nak di jadikan cerita, semalam aku n amy pergi jj dgn niat nak cr buah-buahan (hantu buah— xleh hidop tanpa buah-buahan..hehe). pergilah, dpatkan buah pear…(sodap)

atas alasan and sebab2 tertentu, kami pom pi makan dgn zaid yg kebetulan  de dkt2 situ.. so, decidelah nak g mkn, gilah kat KUBUR ( nm pagilan je sb tpt tu dkt dgn kubur kat gombak..hik3x).. mkn nasi goreng ikan masin, mta ikan masain lebih die letak gile byk..perli lah tu. :((

so, dok borak2 tetbe dah terlambat..uia ni lambat kene fine sorg rm50…xmau den bayo.huhu..so plan nak g on9 kt mcD thE Curve..pergilah… b4 on9 tu, ktorg jln2 dpn tu, ingt de bazaar tu tp dh ttp.so lepaklah dpn cineleisure…gile org clubbing sume..nauzubillah…ades.. so, ktorng masok dlm, tgk cite terbaru..ternampak plak poster blood the last vampire.gile gempak poster sume…huhu…bincang2, terus beli tiket nak tgk…  very excited..wawawa

cite tu starting mmg best.pasal sorg heroin (yg merupakan hero cite tu) seeks revenge for the death of his father n making her anggap diri die makhluk mixed human n demon by onigen the most powerful n oldest demon (sounds very scary n great rite?)hehe…wawawa…cant wait to see her/him (it was ‘her’). Die ni kene upah dgn CIA tok buru onigen, kebetulanlah sb CIA nak settle kes murder by onigen ni. die beri upah sebotol darah once settle keje hunting si onigen ni.stunts mmg hebat..leka tgk, flow pom mmg mengejutkan (men game fon sb tkot nak tgk screen :P) hehe… tbelah sampai dh nak final…perghh..best lawan..akhirnye bertemu lah die ni dgn onigenn…wawawa…mmg hebatlah npk..otai segala demon (haha).

tgh lawan2 dgn pembantu onigen tu, tetbe masok dunia len (org biase mmg xpaham) onigen ni tunjuk diri die…… lawa dgn kimono n payung, npk mmg hebat. sekali……..jeng3x..

senang gile nak bunuh…duhhhh… tikam je. mmglah pedang tu kononnye de miracle n sumpahan, tp xkan bg senang gile die mati kot :((. mmg xde stunt langsung lawan dgn onigen. dimanakah kehebatan, ketuaan n kepoweran si onigen ni td???kami jd blur, thats all???? xpastilah pe yg director ni nak gtwu audience sbnrnye.. xkan direct ikot komik je kot?????huhu… ntah..mls nak cite byk..tp cite ni agak layak ditonton dgn  cd je :P. tp, ini cm my opinion. ade sape2 dh tgk???wat do u think?????

 

xsbr nak tgk transformers…sape nak tgk sama? :”>

Bookmark and Share

WaNItA = EpAl…????


Written on June 23, 2009 – 9:51 am | by evaliciousdnieysa

 

Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah..,
TAPI epal yang tak mampu dibeli berada dipuncak..
susah dipetik susah digapai..
Terkadang epal itu risau, Kenapa diriku belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah..,
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya�
hingga tiada siapa yang berani memetiknya..
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu..
Mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat..? Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi menanti�WANITA CANTIK
Allah berfirman:

�Ketika aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. �aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.
�aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak- anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakitiny aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya.�

�aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.�


�Dan akhirnya. aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.�

�Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.�

Bookmark and Share

Antara Benar n Logik~


Written on June 23, 2009 – 9:14 am | by evaliciousdnieysa

 

Tidak semua perkara yang benar itu logik

Kisah 1: Seorang kafir (OK) berkata pada orang mukmin (OM) yang sedang berwudhuk:
OK: “Kenapa kamu wudhuk?
OM: “Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut”
OK: ” Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
OM: “Ini arahan Tuhanku, aku taat saja”
OK: “Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali”
OM: “Kebenaran itu tidak semestinya logik”
OK: ” Apa buktinya?
OM: Yuk ikut aku
OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan.
OK: Aduh tangan aku sakit… tolong lepaskan tangan aku!
OM: Baiklah… inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit.
OM pun meninggalkan OK yang bodoh sombong itu dalam kesakitan… .

Tidak semua perkara yang logik itu benar

Kisah2: Seorang kafir (OK) berkata kepada orang mukmin (OM)
OK: Tuhan kamu sungguh tidak adil
OM: Kenapa?
OK: Tuhan kamu menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja.
OM: Kenapa begitu?
OK: Yalah… manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api hangus, sakitlah. Tapi syaitan dicipta dari api, kalau dibakar dengan api relaks lah… .tdk terasa apa-apa… .
OM: Tidak begitu. Tuhan aku kata, mereka semua akan tersiksa…
OK: Ah… tdk mungkin. Logiknya manusia saja yg tersiksa, syaitan tidak

OM diam sebentar, lalu dia meninggalkan OK.
Beberapa waktu kemudian OM datang lagi dengan membawa sebongkah tanah keras dan melemparnya tepat ke dahi OK
Dahi OK luka berlumuran darah. Kemudian dia membawa OM menghadap seorang hakim. Setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak ttg kejadian itu, maka hakim bertanya pada OM

Hakim: mengapa kamu lempar OK begitu?
OM : Maaf Tuan Hakim, OK mengatakan bahwa Tuhan tidak adil kerana menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja sbb syaitan dicipta dari api. Logiknya memang begitu, tapi itu tidak benar. TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR

Sebagai buktinya saya lempar dia dengan tanah. Logiknya OK, manusia yg dicipta dari tanah kalau dilempar dengan tanah tidak sakit, bukan? Tapi buktinya OK luka dan sakit. Saya tidak bermaksud menyakitinya, saya hanya mau menjawab pertanyaannya.

Renungan kepada para pengagum Albert Einstein, Bill Gates, para saintis, filosof dan yang sejenis dengannya
Kalau begitu, siapakah sebenarnya manusia yang paling cerdik? Einstein, dll yang kafir atau orang mukmin (walaupun dia hanya tukang kebun)?

Bookmark and Share

HistOry YG kEJam :((


Written on June 23, 2009 – 5:08 am | by evaliciousdnieysa

HUHU………ptg td den de exam HIST 1000..subjek HS.adess..seb bek den cari soklan exam sem2 yg lepas, dpt jugaklah hintnye..huh. oklah, so far so gud..dpt menjawab dgn OK! cume soklan 1 tu, periodization..adess, terlepas pandang plak kan. bace skt2 je..uwaaa…last2 goreng jelah.xtaulah jd pisang goreng ke kuey teow goreng :(( siap 1 page den ngarut, kuar terus. xsanggup nak dok lm2 lg dah..uwaaaa… stress2..sayangnye :(

hope DR Arshad will consider marks for that ques :”>

Bookmark and Share

aKU kEne NGurAT…PleaSe Define This KInd oF genTlenesS


Written on June 21, 2009 – 8:09 am | by evaliciousdnieysa

Assalamualaikum :”>

Nak cte pasai semalam ni… adess.. aku otw nak ke jj wangsa maju. ms nek bus tu, neklah mcm biase tp tetbe dtg sorg budak laki tanye aku. ingt nak tanye tpt ke ape upe2nye..hehehehe…jap ek, i repeat wat he said, tp x exactly mcm die kate lah..ahemmmm…

“hye… sori, nak tanye, kawan saya nak kenal dgn awak..boleh x??” hahahaha.. terkejut ade, tergamam n kelakar skali bercampor2..huhu.. i was speechless. so i asked, which one?? die pom tjk lah…ok, not bad (hehehe). so ak mcm pandang amy, pandang dak tu.lawak, cam dlm drama je kan, sekali kene kt diri aku (xpenah kene mcm i b4 :(() i was wondering lah, nape die xmintak sendirikan.hehe. but, atas ke gentlelan kawan die tu i bglah, i respect that u noe…gentlelah kwn die ni. berani (bkn alasan :”>) i gave him my fon number..not a big deal rite??? it makes people happy (bkn alasan jg :”>.. hik3x)

at least it happens to me once..hehehe…dont try dis at home k  :”>.. i’m getting older…uwaaaa….need my youth back :((

Bookmark and Share